Kami komited dalam menyediakan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan perniagaan dan kelestarian usahawan. Melalui perancangan strategik dan pendekatan bersepadu, setiap usahawan diberi sokongan menyeluruh untuk mengembangkan potensi perniagaan mereka.
Perladangan ini diusahakan di atas kawasan seluas 100 ekar, dengan fokus utama kepada tanaman kelapa sawit yang menjadi sumber hasil utama. Setiap ekar tanah mampu menghasilkan tandan buah segar (TBS) secara konsisten, yang kemudiannya dihantar ke kilang untuk diproses menjadi minyak sawit mentah.
perladangan ini turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, sama ada sebagai pekerja ladang, pemandu lori, atau tenaga kerja di peringkat logistik. Ia bukan sahaja menjadi sumber pendapatan pemilik, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti sekitar.
Penternakan ikan air tawar ini diusahakan di atas kawasan seluas 45 ekar, dengan tiga buah kolam utama yang direka khas untuk memastikan kualiti air sentiasa terjaga dan sesuai bagi pertumbuhan ikan. Antara spesies ikan yang diternak termasuk ikan patin, tilapia merah, rohu, dan liko, yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan.
Campsite ini dibangunkan di kawasan yang tenang, dikelilingi Tasik dengan pemandangan matahari terbenam, pokok kelapa sawit dan suasana semula jadi yang damai. Dengan kemudahan khemah moden dan pencahayaan yang mencukupi, kawasan ini sesuai untuk pelbagai aktiviti luar seperti perkhemahan keluarga, program motivasi, kursus kepimpinan, aktiviti “team building” serta program berbentuk pendidikan dan kerohanian.
Tempat ini sering menjadi pilihan untuk anjuran program oleh jabatan kerajaan, institusi pendidikan, serta pihak swasta yang ingin mengadakan kursus atau aktiviti luar bilik darjah dalam suasana yang lebih santai dan mendekatkan diri dengan alam.